Seorang lelaki yang sedang menggunakan laptop mencari maksud copywriting

Apakah itu Copywriting: Maksud, Jenis, Contoh dan Cara-Cara untuk Menulisnya

Dalam dunia pemasaran digital yang pesat mengembang, terdapat suatu jenis penulisan yang amat penting kepada kejayaan iklan dan promosi – Copywriting. Tapi apakah itu copywriting sebenarnya?

Jika anda merungkai perkataan ini, mungkin terdengar seperti satu tugas teknikal yang kompleks kan?

Janganlah risau, mari kita bersama-sama kupas maksudnya.

Maksud Copywriting

Maksud copywriting ialah, secara ususnya, sebuah aktiviti atau pekerjaan menulis teks untuk bahan-bahan pengiklanan atau pemasaran. Jadi, anda ialah seorang copywriter jika anda bekerja dalam bidang ini.

Maksudnya yang lebih terperinci pula ialah sesuatu penulisan yang ditulis dengan kreatif dan strategik bertujuan untuk memasarkan atau mempromosikan sebarang penawaran (biasanya produk atau perkhidmatan).

Oleh itu, copywriting mewujudkan sebuah reaksi daripada prospek — sama ada pelanggan ataupun rakan perniagaan — untuk mengambil tindakan yang seterusnya. Tindakan yang dimaksudkan terdiri daripada pembelian/pelangganan produk atau perkhidmatan ataupun mendaftar sebagai ahli untuk menerima surat berita.

Pendek kata, copywriting boleh dilihat sebagai ayat-ayat jualan yang direka untuk memujuk dan mempengaruhi prospek anda.

Adakah Copywriting itu Penting?

Seorang lelaki keliru berfikir tentang apakah itu copywriting

Pada era globalisasi pemasaran digital yang serba canggih ini, copywriting bukan sekadar kemahiran menulis biasa; ia adalah tulang belakang kepada keberkesanan setiap usaha pemasaran digital. Tapi mengapa?

Kini, perhatian pembaca semakin terpecah-pecah dan masa mereka semakin singkat. Lepas bosan buat kerja 5 minit, terus layan TikTok untuk hiburkan diri kan? Di sinilah kekuatan copywriting muncul sebagai penyelamat.

Copywriting yang efektif mampu menarik perhatian para prospek dengan serta-merta. Ia seolah-olah anda memacarkan signal kepada ribuan atau jutaan prospek di luar sana. Namun, hanya secubit daripada jumlah itu akan menerima signal anda — kerana ayat jualan anda kurang kaw.

Usahlah bimbang, kami akan mengajar anda bagaimana untuk menulis copywriting yang betul-betul kaw serta memukau,

Cara-Cara untuk Menulis Copywriting yang

Berkualiti

Menulis copywriting yang berkesan bukanlah senang; ia memerlukan perancangan yang teliti dan kreativiti yang mendalam sanubari. Di sini, kita akan meneroka langkah-langkah kunci yang dapat membimbing anda dalam menulis copywriting yang memikat dan memberi impak.

1. Fahami Pasaran anda Dahulu

Sebelum menulis, langkah pertama adalah melakukan penelitian menyeluruh mengenai pasaran sasaran anda.

Pahami keperluan, keinginan, dan cabaran yang dihadapi oleh khalayak (audience) anda. Dengan pengetahuan ini, anda dapat menyusun mesej yang lebih relevan dan lebih senang untuk memberi impak.

2. Gunakan Gaya Bahasa yang Sesuai

Setiap produk atau perkhidmatan mempunyai identiti uniknya sendiri. Pilih gaya bahasa yang sesuai dengan citra dan nilai-nilai yang ingin anda tonjolkan.

Adakah anda ingin kelihatan mesra, profesional, atau mungkin santai? Jangan pulak gunakan unsur jenaka dalam copywriting untuk perkhidmatan penggali kubur ya…

3. Pilih Perkataan yang Sesuai

Pemilihan perkataan ialah sebahagian dari seni copywriting.

Gunakan perkataan yang bukan sahaja jelas, tetapi membangkitkan emosi dan rasa minat. Fokuskan pada kata-kata kunci yang akan mencuri perhatian pembaca dan menyusuk emosi dengan mendalam.

4. Tulis Tajuk yang Mencengkam

Tajuk merupakan kunci untuk membuka pintu pembaca.

Buatlah tajuk yang mencengkam dan memicu rasa ingin tahu. Ia adalah peluang pertama anda untuk menarik perhatian, jadi pastikan tajuk anda menarik sehingga tidak dapat diabaikan.

5. Pengoptimuman (Optimization) untuk CTA (Call-to-Action)

Setiap copywriting harus mengandungi CTA ataupun arahan untuk bertindak yang jelas. Beritahu pembaca langkah seterusnya yang anda harapkan mereka ambil sama ada ia untuk membeli produk, mendaftar, atau berkongsi mesej. Tulislah CTA yang memberi kejelasan dan insentif.

Contohnya, CTA yang sesuai jika anda ingin menjual kasut nike ialah: ‘Minat sneaker-sneaker hype tapi tak mampu beli resell? Kunjungi website kami untuk mendapatkan sneaker terkini — semuanya harga retail’


Seni bercerita yang setua zaman kini telah berkembang ke persada digital. Di Paperballad & Co., kamilah tukang yang akan abadikan cerita anda melalui Strategi UX, Branding dan Content Marketing. Hubungi kami untuk kemampanan digital yang kekal abadi.


Dengan cara-cara ini, anda dapat membina asas copywriting yang kukuh. Ingatlah, kreativiti dan penyesuaian dengan pasaran ialah kunci ke kejayaan.

Jenis-Jenis Copywriting yang Kerap

Digunakan

Anda perlu tahu bahawa copywriting, seumpama dengan genre sastera, juga merangkumi pelbagai jenis.

Setiap jenis copywriting direka untuk mencapai matlamat tertentu dalam pemasaran dan komunikasi. Berikut adalah senarai enam jenis copywriting yang kerap digunakan:

1. Brand Copywriting

Brand copywriting bertujuan untuk membangun dan meningkatkan identiti jenama mereka. Ia mengetengahkan nilai dan kepakaran jenama, menggambarkan produk atau perkhidmatan dengan cara yang unik dan memikat.

Tujuannya adalah memastikan prospek merasakan kesan yang mendalam terhadap jenama.

2. Marketing Copywriting

Marketing copywriting bertujuan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara yang menarik dan persuasif. Ia merangkumi penulisan untuk iklan, bahan promosi, dan kandungan pemasaran lain.

Fokusnya adalah mempengaruhi tindakan pembaca dengan menyampaikan manfaat, keunikan, dan nilai tambah yang ditawarkan.

3. SEO Copywriting

SEO copywriting pula memaksimumkan perkataan kunci untuk meningkatkan kedudukan laman web di search engine, terutamanya Google.

Ia bukan hanya berniat untuk menarik pembaca, tetapi juga memenuhi keperluan algoritma enjin carian. Keseimbangan antara kreativiti menulis dan optimisasi SEO ialah sangat penting dalam jenis copywriting ini.

4. Direct Response Copywriting

Direct response copywriting adalah untuk menggalakkan tindakan segera dari pembaca. Ia sering digunakan dalam iklan, surat jualan, atau e-mel pemasaran.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan respons positif seperti pembelian, langganan, atau mengisi borang. Penggunaan panggilan tindakan yang kuat adalah ciri utama dalam jenis ini.

5. Technical Copywriting

Technical copywriting berfokus pada hal-hal yang teknikal dan kompleks. Ia digunakan untuk menyampaikan maklumat yang memerlukan pemahaman mendalam dalam bidang sains, teknologi, atau industri.

Technical copywriting memerlukan kejelasan dan ketepatan untuk menyampaikan konsep yang rumit dengan mudah difahami oleh khalayak sasaran.

Contoh-Contoh Kajian Kes Berjaya

Jika anda mahu alami keberkesanan copywriting, anda harus melihat contoh-contoh kes berjaya yang lepas untuk mendapatkan inspirasi.

Berikut adalah 2 studi kes terkini yang menonjol dalam dunia copywriting:

1. Nike – “Just Do It”

Nike's logo with just do it slogan in black font on white background
  • Latar Belakang: Kempen “Just Do It” dari Nike telah menjadi contoh kejayaan ikonik dalam dunia copywriting. Diperkenalkan pada tahun 1988, kempen ini mengandungi tiga perkataan yang ringkas tetapi mempunyai impak besar.
  • Kejayaan: Slogan ini bukan sahaja menggambarkan semangat atletik, tetapi juga merangkumi makna yang mendalam – menghadapi cabaran tanpa ragu-ragu. Copywriting yang kuat membantu Nike membina identiti mereka yang dinamik dan memotivasikan jutaan individu di seluruh dunia.

2. Apple – “Get a Mac”

John Hodgman and Justin Long standing side-by-side in the Get a Mac Apple ad campaign
  • Latar Belakang: Kempen “Get a Mac” dari Apple adalah contoh yang menarik tentang bagaimana copywriting boleh digunakan untuk membandingkan produk dengan cara yang kreatif. Dilancarkan pada tahun 2006, kampanye ini melibatkan dialog antara “Mac” dan “PC” yang menyoroti kelebihan Mac.
  • Kejayaan: Copywriting dalam kempen ini tidak hanya menyampaikan kelebihan teknikal, tetapi juga menyuntikkan elemen humor dan keperibadian. Dengan pendekatan yang santai dan bersahaja, Apple berhasil mencipta daya tarikan kepada pengguna yang ingin mengalami gaya hidup yang lebih kreatif dan efisien.

Kesimpulannya…

Sejauh perjalanan kita dalam meneroka dunia copywriting, satu perkara menjadi jelas – kuasa perkataan adalah pendorong utama di sebalik kejayaan setiap mesej pemasaran.

Dari pengenalan kepada maksud copywriting hingga ke langkah-langkah praktikal untuk menulisnya, kita telah melihat bagaimana copywriting mampu membuka pintu ke perasaan dan tindakan pembaca.

Jadi, sekarang anda sudah mampu ceburi bidang ini tanpa lagi bertanya-tanya ‘apa itu copywriting?’
Mari kita bersama-sama terus mengasah kemahiran copywriting kita. Jadikan setiap perkataan bukan hanya sebagai alat, tetapi juga sebagai pencipta pengalaman yang tak terlupakan.

Semoga setiap patah perkataan yang anda tulis menjadi penanda perjalanan kejayaan dalam dunia yang penuh cabaran ini.


Words can change the world. At Paperballad & Co., we wield the mighty pen to help you achieve product-market fit through science-driven content. Schedule a consultation with us here and change the world with our words.

Share:

4 thoughts on “Apakah itu Copywriting: Maksud, Jenis, Contoh dan Cara-Cara untuk Menulisnya

Comments are closed.